TERKINI: Inspektor Sheila Sudah Digantung Tugas, 8 Kertas Siasatan Dibuka

TERKINI
June 22, 2023 - 03:21 PM


Rasanya satu Malaysia dah kenal inspektor polis yang viral ni. Bukan satu insiden sahaja dibualkan oleh netizen. Rupa-rupanya sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang viral berikutan beberapa siri kekecohan di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berhubung isu tersebut.

Kata beliau, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.

Selain itu, beliau berkata, enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

“Proses mendengar percakapan daripada pegawai terbabit telah dilakukan oleh PDRM pada 18 Jun lalu.

“Sehubungan itu, pegawai tersebut dikenakan tindakan ditahan kerja sejak minggu lepas,” katanya.

Destination: