Instafamous Singapura Kantoi Busuk Mencuri Hasil Kerja Orang, Ini Cara Dia ‘Dikantoikan’!

TERKINI
June 22, 2018 - 11:59 AM


Di Malaysia, nama darylaiden bukanlah satu nama yang dikenali. Namun, sosok ini mempunyai fanbase yang sangat besar di Singapura sebagai seorang jurugambar professional dan juga instafamous.

Mempunyai lebih daripada 100 ribu pengikut, dan setiap gambar Daryl menerima sehingga 12 ribu like, dan ini membolehkan Daryl mendapat kepercayaan daripada jenama-jenama besar seperti Sony, Oppo dan juga Uniqlo untuk berkerjasama dengannya.

Antara jenama yang pernah kerjasama dengan Daryl | Kredit - Website 

Selain kecoh di Singapura, kejadian memalukan ini turut mendapat perhatian pihak BBC dan dari sini kita boleh katakan yang sebenarnya Daryl ni bukanlah  instafamous biasa-biasa.

Macam mana Daryl Aiden Boleh Kantoi?

Jawapan dia ada pada Mothership.

Mothership adalah satu website di Singapura yang merasakan ‘ada sesuatu’ pada gambar Daryl dan kebanyakan gambar cantiknya sama dengan beberapa iklan atau gambar yang mereka temui di laman web atau profile orang lain. Selain ada beberapa gambar yang ditemui di laman web yang menawarkan gambar ‘stock’ seperti Shutterstock, CanStock, dan pelbagai lagi.

Screenshot dari Instagram - @darylayden

Walaupun ada beberapa gambar telah di-edit sebelum dimuat naik dan di’claim’ sebagai hasil kerjanya namun ada beberapa gambar mempunyai hakcipta terpelihara. 

 

Ini antara hasil kerja orang lain yang berjaya dikantoikan oleh Mothership di Instagram Daryl Ayden :

Dikatakan selepas itu, Daryl tampil memohon maaf dalam satu posting di Instagram dan dikatakan bertanggungjawab terhadap kesemua tuduhan yang diberikan kepadanya dan turut memohon maaf kepada semua pengikutnya serta jenama-jenama yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya.

 

 

Ouch. Jadikan ini satu pengajaran lah ye, bukan senang nak senang. Kalau nak buat sesuatu untuk keuntungan sendiri, janganlah guna gambar orang lain dan ‘claim’ sebagai gambar sendiri. Kreditkan kepada pemilik asal.

 

Kredit Foto : IG | darylaiden

        Website | mothership | darylaydenyow