Instagram Fattah Amin Dilimpahi Ucapan Tahniah, Ini Ke Sebabnya?

TERKINI
November 15, 2017 - 12:01 PM


Heboh di media sosial dengan berita kononya Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di Petaling Jaya iaitu di rumah nenek Fazura. Tapi, tiada pihak yang berani tampil untuk mengesahkan perkara tersebut menurut laporan di mStar.

Hal menjadi heboh sejak malam tadi apabila kelihatan beberapa ucapan tahniah dan berkenaan perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya.

Posting yang dimaksudkan di IG Fattah Amin.

Peminat berandaian pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab faktor status suami-isteri.

Sebelum ini, ada khabar angina yang tersebar yang Fattah memilih tarikh 13 November untuk bertunang namun tiada sebarang pengumuman dilakukan.

Kalau betul, baguslah, benda baik tak baik tangguh-tangguh. Pasal dia nikah secara senyap pun, itu hak dia, mungkin dia taknak media tahu.

Apa-apapun, kita doakanlah yang terbaik untuk pasangan FatZura ni…

 

Sumber : mStar