Isu Jantina Nur Sajat, JAKIM Akhirnya Masuk Campur

TERKINI
January 16, 2018 - 01:16 PM


Walaupun sering menafikan yang dirinya itu asalnya seorang lelaki, Nur Sajat boleh dikatakan setiap hari menerima pelbagai bentuk kecaman dan tidak kurang juga yang masih mempersoalkan jantina beliau.

Hampir setiap hari juga netizen tertanya mengapa pihak sepatutnya tidak mahu mengambil tindakan untuk mengetahui hal sebenar.

Kalau betul, inilah maklumat diri sebenar Sajat

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi seorang pegawainya yang merupakan pakar dalam isu LGBT telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Sajat. Menerusi posting di Facebook ini, beliau berkata pihaknya mahu membantu dari segi khidmat nasihat kepada Sajat berkenaan isu kekeliruan jantina.

Pertemuan ini juga dipersetujui oleh Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Othman Bin Mustapha yang turut ingin membantu Sajat dalam isu kecelaruan identitinya.

Nampaknya, segala persoalan serta kerisauan netizen tentang Sajat bakal terjawab. Dan harapnya Sajat sudilah berjumpa dengan Dr. Izwan nanti.

 

Sumber : mStar