"Jadi Bidan Lori" - Doktor Kongsi Pengalaman Sambut Bayi Dalam Lori Tengah Highway

TERKINI
October 19, 2023 - 03:39 PM


Antara cabaran menjadi seorang doktor, sudah tentunya kena sentiasa bersedia walau dalam apa jua keadaan jika pesakit memerlukan rawatan tanpa mengira waktu dan juga lokasi. Itu yang ditonjolkan oleh seorang doktor di mana khidmatnya diperlukan di suatu tempat yang tidak disangka-sangka.

Doktor Aliff Zaki (@alepzaki) berkongsi pengalamannya di platform X, menyambut kelahiran bayi di dalam sebuah lori di tengah lebuh raya. Jom kita baca sendiri, pengalaman rare Doktor Aliff Zaki.

Sampai di lokasi, kelihatan 2 pegawai polis trafik jaga lalu lintas, pintu lori terbuka luas. Nampak di rumput pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya. Tanya pasangan, “mana si ibu?”. “Ada dalam lori, di tempat duduk belakang” jawabnya.

Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak 2 susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar. Aku tegur si ibu, “puan, boleh dengar saya cakap?buka mata boleh”. Si ibu buka mata dan sahut “ye dengar”. Hati lega.

Mata beralih ke si anak pula, nampak tak bergerak. Alamak. Aku pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar.

Aku teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi aku bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar dari lori. Pesakit diambil alih oleh SN Sue. Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM Azlina tunggu kat luar untuk keperluan lain-lain.

Ambulan selesai buat u-turn, pesakit dan bayi dimasukkan dan perjalanan ke dewan bersalin HoSHAS diteruskan. Terima kasih pihak LPT, polis trafik dan staf labor room HoSHAS kerana memudahkan urusan. Pengalaman sepanjang hayat.

Sumber dan kredit: Dr Aliff Zaki (@alepzaki)

Destination: