Jaga-Jaga Bila Nak korek Hidung dan Betulkan Coli Depan Cermin Kereta Gelap

TERKINI
May 08, 2018 - 03:25 PM


Membetulkan coli dan mengorek hidung di cermin tingkap sebuah kereta menyebabkan seorang wanita ini menanggung malu.

Rakaman lucu yang tular itu menunjukkan seorang wanita Vietnam sedang 'memperbaiki' penampilan dirinya di depan sebuah kereta yang bercermin gelap.

Tanpa menyedari ada orang di dalam kereta tersebut, wanita berbaju putih itu membetulkan kedudukan colinya.

Dia juga dilihat mengorek hidungnya dan menurut sumber, mungkin dia mahu menghadiri apa-apa acara di sebelah malam.

Bagaimanapun perbuatannya itu terhenti selepas individu dalam kenderaan tersebut menurunkan tingkap keretanya.

Selepas menyedari aksinya dirakam, wanita tersebut segera melarikan diri.

Video tersebut dimuat naik di Youtube dengan kapsyen, "Gadis ini terkejut lihat dalam kereta ada orang." Sesetengah netizen mengatakan rakaman itu adalah palsu dan dirancang.

Sesetengah yang lain pula berpendapat, tiada siapa kisah jika ianya palsu kerana ia benar-benar lucu dan menghiburkan.

So Netizen hati-hati dengan cermin gelap.