Jamie Oliver Tutup 12 Restoran Miliknya Kerana Terdesak

TERKINI
February 19, 2018 - 05:09 PM


Restoran Barbecoa milik chef selebriti terkemuka Jamie Oliver akan dijual kerana kesukaran mendapat tempahan selain kos yang kian meningkat.

Menurut Jamie, dia merancang untuk menutup 12 daripada 37 cawangan restoran miliknya yang menghidangkan menu masakan Itali itu.

Selain peningkatan dalam khidmat penghantaran ke rumah, dikatakan faktor utama yang memberikan kesan kepada restorannya ialah persaingan. Menurut jurucakap kumpulan Jamie Oliver, pihak mereka telah meminta agensi hartanah untuk menilai pasaran bagi dua premis restoran mereka di London.

Setakat ini, belum ada pihak yang tampil untuk memberikan komitmen untuk menjadi pemilik baru premis berkenaan kerana terdapat pelbagai isu melibatkan cawangan restoran milik Jamie Oliver berkenaan.

Dianggarkan Jamie telah melabur sekitar  £3 juta untuk restorannya itu, selain penambahan £6.5 juta yang dipinjamkan daripada sektor peniagaan lain.