Jangan Lakukan 4 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Tak Nak Didenda

TERKINI
April 19, 2018 - 03:52 PM


Kurang lagi sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan. Dekat tepi-tepi jalan, mahupun dekat tengah jalan, dah banyak bendera parti yang dinaikkan.

Ada yang tak sabar dan ada jugak yang teruja, ye lah, pertama kali nak mengundi kan. Tapi, jangan sebab keterujaan korang tu, korang kena denda pulak nanti.

Kenapa kena denda? Sebabnya, ada beberapa perbuatan yang dilarang sama-sekali untuk korang buat pada hari pengundian nanti.

Baca ni elok-elok…

#1. Terima Makanan/Minuman Daripada Orang

Hah? Makan dan minum pun tak boleh? Tak,bukan itu maksud kitorang!  Apa yang kitorang maksudkan adalah kalau ada seseorang yang tak dikenali tawarkan makanan, minuman ataupun apa sahajalah semasa hari pengundian.

Tak kiralah sebelum, semasa atau selepas. Lagi-lagi bila diorang cakap itu sebagai tanda terima kasih sebab mengundi mereka.

Nak tahu kenapa ia salah?

Dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, penerimaan benda-benda yang diberikan ini dikira sebagai rasuah dan salah di sisi undang-undang. Jika ‘kantoi’, korang boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun, denda sehingga RM5,000 dan dankorang jugak akan kehilangan hak untuk mengundi selama 5 tahun (digantung).

 

#2. Bawa Keluar Kertas Undi Dari Stesten Mengundi

Kertas mengundi hanya boleh dibawa keluar stesen dan dimasukkan ke dalam peti undi. Itu sahaja. Jangan memandai-mandai nak bawak balik ke rumah. Tak kiralah ianya kertas lebih atau yang kosong tidak digunakan.

Kalau itu kesilapan petugas, pulangkan balik kepada diorang.

Pastikan semasa ke pusat pengundian, taka da sebarang kertas yang mencurigakan dalam poket seluar korang. Korang tu pegi mengundi, takkan nak bawak ‘toyol’ jugak kot. Hehehe…

 

#3. Tunggu Kawan, Melepak Di Sekitar Pusat Pengundian

Nak lepak, silalah ke mamak berhampiran dan bukannya di luar pusat pengundian. Sebabnya,menunggu dalam jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi adalah satu kesalahan pilihan raya dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jika didapati bersalah, hukuman yang menanti adalah penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

So, walau apa pun terjadi, nak ke tanak, lepak mamak. Okay?

 

#4. Pakai Pakaian Yang Ada Logo Parti

Kalau ada tudung lambang parti ni, pakai dekat rumah je tau...

JANGAN pakai pakaian yang ada simbol, nama calon, serta lambang mana-mana ahli potilik. Warna yang bersangkutan dengan parti pun kalau boleh, elakkan.

Yang penting, korang berpakaianlah dengan sopan.

Jika melanggar peraturan ni, korang boleh di penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Sementara nak tunggu hari pilihan raya nanti, korang ikutilah perkembangan semasa. Ingat, undi itu adalah rahsia. Jangan sibuk nak post kat sosial media pulak nanti. Hehe.