Jepun Perkenalkan Pegawai Keselamatan Dalam Kalangan Ninja

TERKINI
January 09, 2018 - 09:23 AM


Sebuah firma keselamatan di Jepun SCC Co. telah memperkenalkan pengawal keselamatan dalam kalangan ninja.

Sesuai dengan salah satu daripada tarikan pelancong disana, di Koka terdapat sebuah tempat dimana bertapaknya sekolah ninja terkemuka di negara berkenaan.

Dikatakan segalanya bermula apabila firma tersebut menyediakan pengawal keselamatan berpakaian ninja pada tahun 2016 dan sejak daripada itu, permintaan untuk pengawal keselamatan berpakaian ninja semakin meningkat.

Latihan balingan shuriken di perkampungan ninja di Koka. 

Menurut ketua firma berkenaan, Maya Miyoshi, mereka berharap kontrak kawalan keselamatan untuk mengawal temasya sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo ini Berjaya diperolehi oleh firma mereka.

“Ninja aadalah ikon kelas dunia dan kami mahu orang ramai merasai bagaimana kemudahan sukan dikawal oleh individu berpakaian sedemikian”.

Ternyata, langkah mereka memperkenalkan pengawal keselamatan ninja ini mendapat sambutan selain dapat menarik perhatian ramai termasuk pelancong asing dan pelajar di sana.

Fun, menarik sungguh idea diorang ni. Memang mendatangkan kelainan pada Sukan Olimpik tahun 2020. Sama-sama kita tunggu, sukan Olimpik Tokyo nanti.

 

Sumber : mstar

Destination: