Joker Versi Heath Ledger Diumumkan Sebagai Penjahat Filem Terbaik

TERKINI
November 03, 2017 - 04:29 PM


Dalam dunia perfileman, watak yang dimainkan oleh para pelakon akan sering disebut-sebut. Malah, daripada lakonan inilah yang akan menentukan kehebatan cerita tersebut.

Kalau anda menonton filem atau mengikuti kisah Batman, anda tentu kenal dengan watak jahat dalam filem tersebut iaitu The Joker. 

Dalam filem sebelum ini, watak joker telah dipegang oleh beberapa orang pelakon. Namun, dalam undian yang dilakukan oleh ranker.com baru-baru ini, watak penjahat terbaik jatuh kepada watak Joker yang dibawakan oleh mendiang Heath Ledger.

The Joker memenangi dengan 17 ribu undian manakala tempat kedua jatuh kepada Darth Vader.

 

Ini adalah senarai top 10 :

1. The Joker - The Dark Knight

2. Darth Vader - Star Wars universe

3. Hannibal Lecter - The Silence Of The Lambs

4. Lord Voldemort - Harry Potter universe

5. Freddy Krueger - Nightmare On Elm Street universe

6. Jack Torrance - The Shining

7. Palpatine - Star Wars universe

8. Agent Smith - The Matrix universe

9. Terminator - The Terminator

10. Magneto - The X-Men universe

 

Ledger memenangi tempat petama adalah tidak dapat disangkal lagi, dia telah meletakkan sepenuh jiwa dan raganya bagi mendalami watak Joker, malah ada beberapa babak yang dibuat secara spontan, namun memberikan kesan yang mendalam terhadap filem Batman : The Dark Knight.

Dalam satu dokumentari yang ditayangkan selepas kematiannya, bapa beliau telah menunjukkan buku skrap dan diary Heath yang penuh dengan cara macam mana beliau nak mantapkan watak Joker. 
Tambah bapanya lagi, Heath dikatakan telah mengurung dirinya dalam bilik hotel selama seminggu hanya mahu mendalami watak berkenaan. 

Dan, inilah salah satu babak yang dikatakan dilakukan secara spontan oleh Heath yang memberikan kesan yang sangat mendalam kerana kena pada jalan cerita dan mood filem berkenaan.