Jom Tengok Gambar #10YearChallenge Sajat Dan Safiey Ilias

TERKINI
January 17, 2019 - 02:30 PM


Viral minggu ini adalah #10YearChallenge. Rata-rata pengguna media sosial sangat teruja berkongsi gambar 10 tahun lepas masing-masing. Tak terlepas cabaran ini juga turut menyaksikan artis-artis yang berkongsi gambar lama mereka. Antara yang turut serta adalah Siti Nordiana, Sharifah Sakinah, Dato Seri Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah gambar dari Sajat dan Safiey Ilias. Mereka juga turut berkongsi gambar lama mereka.

Safiey memulakan cabaran tersebut dengan meletakkan gambarnya ketika bersekolah menengah. Ini membuatkan ramai netizen mendesak Sajat pula supaya mendedahkan gambarnya satu ketika dahulu.

Akhirnya mengalah dengan cabaran tersebut, Sajat akhirnya menyiarkan gambarnya yang memenangi Pertandingan Ratu Kebaya. Bagaimanapun, netizen mengkritik gambar tersebut lalu mempersoalkan pertandingan itu. Lebih dasyat mereka menyatakan ia bukan Ratu Kebaya tetapi Ratu Pondan.

7 Pondan Viral Malaysia

Setelah memuatnaik gambar 10 tahun lepas, nampaknya netizen masih tidak puas hati dengan gambar yang dikongsikan oleh Sajat dan peluang ini tidak dilepaskan oleh netizen untuk melemparkan komen-komen negatif di laman sosial Sajat.

Kelakar juga membaca komen-komen yang ditujukan kepada Sajat yang langsung tidak menghiraukan kecaman netizen. Nampaknya usaha netizen untuk membuatkan Sajat mengaku mengenai gendernya tidak menjadi, kerana Sajat akan berterusan dengan pendiriannya. Mungkin netizen perlu mengabaikan sahaja postnya supaya tiada lagi publisiti mengenainya.

Walaupun Sajat tak nak kongsi gambar yang korang tunggu tu tak apa, kami kongsikan hasil carian di internet gambar lama Sajat.

Korang sebenarnya nanti gambar macam ni dari Sajat kan? Haha memang tak lah Sajat nak kongsikan! Tapi tak apa gambar-gambar lama Sajat banyak je di internet.