Jom Tengok Tangga Gaji Menteri Kabinet Dan Ahli Parlimen Malaysia di Bawah Najib Razak




Masih lagi isu politik Malaysia. Panas betul keadaan politik negara kita semoga dengan kejayaan Pakatan Harapan ini mampu merubah Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, aku rasa berminat sangat untuk berkongsi Tangga Gaji Menteri Kabinet Dan Ahli Parlimen Malaysia di Bawah Najib Razak. 

Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat dari tahun 1999 sehingga pemerintahan Perdana Menteri yang lalu. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tangga gaji menteri.

Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua-Ketua Menteri

  1. Gaji pokok - RM18,000
  2. Elaun Keraian - RM10,500
  3. Elaun Perumahan - RM10,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)
  4. Elaun Wakil Rakyat - RM10,650
  5. Elaun parkir kenderaan - RM5,700

Jadi, jumlah pendapatan setiap bulan yang diterima adalah sebanyak - RM55,650, tidak mengambil kira sama ada sakit atau tidak bertugas.

Kemudahan lain-lain

1. Bercuti ke luar negara

Perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan untuk sekali setahun termasuklah tiket penerbangan, hotel dan duit poket sebanyak RM50,000. Wang RM50,000 boleh dituntut tanpa resit jika menteri tersebut tidak bercuti ke luar negara.

2. Bil percuma

Pegawai tertinggi negara tidak perlu membayar bil-bil kerana ia ditanggung oleh kerajaan. Antara bil-bil tersebut termasuklah

  • Bil elektrik
  • Bil air
  • Bil telefon

3. Perhiasan rumah

Wang sebanyak RM40,000 boleh dituntut sekali setahun bagi perkakasan dapur atau perhiasan rumah.

4. Kereta

Juga dibekalkan sebuah kereta Mercedes S320 dan seorang pemandu termasuk minyak percuma.

5. Derma

Terdapat peruntukan bagi segala pemberian derma termasuklah kepada badan-badan kebajikan, majlis perkahwinan atau kematian.

6. Elaun rumah terbuka

Setiap tahun, elaun rumah terbuka boleh dituntut yang mana segala perbelanjaan bagi menganjurkan rumah terbuka adalah ditanggung oleh kerajaan.

Gaji Dato Seri Najib Razak

Satu kajian dilakukan oleh portal Listabuzz pada April 2017 mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak memperoleh pendapatan sebanyak RM284,194.89 setahun. Nilai ini memberikan purata gaji bulanan sebanyak RM22,826.65.

Pendapatan Bulanan Timbalan Menteri

1. Gaji pokok - RM15,000

2. Elaun Keraian - RM9,500

3. Elaun perumahan - RM9,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

4. Elaun wakil rakyat - RM10,650

5. Elaun parkir - RM5,700

Jumlah pendapatan bulanan : RM50,650

Peningkatan gaji Ahli Parlimen pada tahun 2015

Pada tahun 2015, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang menyaksikan kenaikan gaji bagi ahli-ahli parlimen dan pegawai-pegawai yang lain. Kadar gaji terbaru tersebut adalah seperti berikut:

1. Ahli Parlimen

Peningkatan daripada RM11,000 kepada RM16,000 (peningkatan sebanyak RM5,000). Sebelum itu, seorang Ahli Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan, dan elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Sebanyak RM200 elaun harian diberikan apabila ahli-ahli parlimen menghadiri persidangan Dewan rakkyat dan RM150 elaun harian bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

2. Ahli Dewan Negara

Pindaan itu juga menyaksikan kenaikan gaji bagi Ahli Dewan Negara, daripada RM7,000 kepada RM11,000.

 3. Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menerima kenaikan sebanyak RM20,000 menjadikan gaji bulanan baharu sebanyak RM31,000. Timbalan masing-masing menerima peningkatan gaji sebanyak RM4,000 menjadikan gaji baharu adalah RM20,000.

4. Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara

Selain daripada gaji pokok, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga menerima imbuhan seperti berikut:

  • Elaun Hiburan - RM1,500
  • Elaun Istimewa - RM1,500
  • Elaun Pengangkutan - RM1,500
  • Elaun Telefon - RM900
  • Elaun Pemandu - RM1,200
  • Komputer peribadi - RM6,000 (maksimum) Elaun hotel untuk urusan rasmi - RM350 semalam (maksimum)

Matlumat di atas adalah sumber dari Sehinggit, Malaysia Kini, Lentera Emas

Ps: Tak adalah banyak sangat kan gaji Najib jika nak bangdingkan dengan gaji rakyat!