Jumlah Pendaki Gunung Kinabalu Dinaikkan 165 Orang Setiap Hari

TERKINI
April 01, 2019 - 06:54 PM


Ini berita baik untuk para pendaki gunung!

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu dinaikkan kepada 165 orang setiap hari berikutan pembukaan dua blok penginapan baharu di Panalaban bermula esok (Selasa).

Dua blok baharu itu diberi nama Mokodau dan Kinateki yang dikendalikan Taman-Taman Sabah (TTS) dikenali sebagai Hostel Panalaban yang setiap blok mempunyai 25 katil.

Pengarah TTS, Dr Jamili Nais berkata pada pembukaan peringkat awal hostel itu yang dikendali oleh TTS hanya 30 katil dibuka kepada pendaki.

Kredit: Phinemo

Katanya, ini menjadikan jumlah pendaki dinaikkan daripada 135 orang kepada 165 orang setiap hari.

Sebelum ini TTS mengehadkan jumlah pendaki dari 194 orang kepada 135 orang selepas kejadian gempa bumi pada 2015.

Menurutnya, kos pembinaan dua blok baru pusat penginapan itu berjumlah RM12 juta menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Katanya, ia turut membabitkan pembinaan satu pejabat operasi untuk malim gunung dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), pondok pemeriksaan dan sebuah tempat penginapan untuk malim gunung dan Potter (Pengangkat Barang).

Pada masa akan datang, pihaknya akan menambah jumlah pendaki kepada 185 orang.

Sumber: BERNAMA