Kasut 'Moonwalk' Michael Jackson Bakal Dilelong

TERKINI
April 24, 2018 - 04:00 PM


Sebuah syarikat lelongan di California GWS Auction merupakan salah sebuah agensi yang sangat terkenal dan pakar dalam bidang lelongan.

Terbaru, syarikat tersebut ingin melelong kasut asal yang dipakai oleh mendiang Michael Jackson. Bukan kasut biasa-biasa, tapi kasut jenis loafer yang dimaksudkan adalah kasut yanf dipakai oleh MJ semasa rehearsal salah sebuah konsertnya pada tahun 1983.

Lebih menambahkan ke-‘rare’-an kasut tersebut, kasut inilah yang dipakai oleh MJ di Motown 25 yang menyaksikan raja pop berkenaan memperkenalkan tarian ikoniknya iaitu ‘moonwalk’ semasa menyampaikan lagu Billie Jean.

Selain daripada cerita sejarahnya, kasut ini mempunyai tanda tangan penyanyi terbabit selain tanda ‘Michael #2’ di tumit tapak kasut berkenaan.

Jika koleksi ini dikatakan ‘fake’ sepucuk surat juga disertakan. Surat ini dipercayai tulisan seorang choreographer MJ iaitu Lester Wilson yang menerima kasut berkenaan daripada Michael sendiri.

Kami ke laman web GWS Auction untuk mencari sendiri kasut ini dan dapati, ianya memang wujud dan telah menerima 11 bidaan. Harga terkini bidaan adalah USD 50,000 (RM 195,305).

 

Nak cuba nasib? Pergi ke laman web GWS Auction.

 

=aj=