Kecoh Di Kosovo, Gas Pemedih Mata Dilontar Dalam Dewan Parlimen

TERKINI
March 23, 2018 - 03:33 PM


Kalau Menteri bertekak mulut di Parlimen tu mungkin situasi biasa yang kita jumpa di Malaysia. Kadang-kadang mengalahkan budak sekolah (ini netizen yang kata lah).

Kebiasaanya, perbincangan di Parlimen antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang selalunya akan berlaku sengit dengan masing-masing ingin memberikan pendapat dan mempertahankan apa yang mereka juangkan.

Kalau sebelum ini, di Uganda tersebar video di Youtube menunjukkan pergaduhan besar yang berlaku ketika sidang Parlimen mereka berlangsung. Namun itu bukanlah kes pertama pergaduhan di dewan parlimen.

Terbaru, berlaku di Kosovo. Sidang parlimen disana terpaksa ditangguhkan dan dewan dikosongkan gara-gara beberapa anggota parlimen bertindak melontarkan gas pemedih mata disebabkan nak hentikan undian berkenaan perjanjian penandaan sempadan.

Berita tempatan melaporkan yang kesemua ahli politik terpaksa meninggalkan dewan kerana telah dipenuhi dengan gas pemedih mata.

Pihak pembangkang mendakwa perjanjian yang akan dipersetujui itu akan menyebabkan negara mereka kehilangan 20,000 ekar wilayah mereka kepada negara jiran iaitu Montenegro.

Fuh, tegang jugak politik luar negara. Nasib baik di sini belum sampai tahap macam ni lagi.