Kelab Dari Australia GWS Fury Mahukan Khidmat An Najwa

February 09, 2018 - 10:16 AM


Pemain bola jaring negara, An Najwa Azizan yang telah menarik perhatian orang ramai dengan aksinya ketika membantu pasukan Malaysia memenangi pingat emas di sukan SEA tahun lepas bakal ke Australia.

Sebuah kelab dari new South Wales iaitu GWS Fury ini bakal menjadi pasukan baharu beliau apabila Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) setuju untuk melepaskan beliau untuk beraksi dalam Liga Perdana Samsung 2018 yang dijangka bermula pada Julai nanti.

Pasukan GWS Fury di Samsung Premier League.

Ketika ditemui oleh pemberita, An Najwa mengakui bahawa dirinya agak teruja dan menyifatkan ia seperti impian menjadi kenyataan kerana memang impiannya adalah untuk beraksi bersama kelab di Australia.

Tambah beliau lagi, walaupun kelab yang bakal diwakilinya itu hanya bermain di liga kedua, namun beliau menganggap ia adalah pencapaian terbesar dirinya kerana Asutralia merupakan pasukan yang berada di ranking pertama di dunia.

Najwa akan berangkat ke Australia Sabtu ini dan berharap penyertaannya ke liga Austrlia ini dapat menjadi batu loncatan untuk generasi baharu bola jaring kebangsaan untuk melangkah jauh.

 

Suumber : Bernama