Kementerian Kesihatan Cadang Wajibkan Pengambilan Vaksin

TERKINI
March 01, 2019 - 12:16 PM


Golongan anti-vaksin nampaknya akan tak senang duduk dengan cadangan yang bakal dilakukan oleh Kementerian Kesihatan nanti.

Kecoh baru-baru ini di media sosial bila mana golongan anti vaksin dikecam oleh netizen dan lebih memburukkan keadaan, ada kes kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal akibat jangkitan Difteria dan selepas diselidik, kanak-kanak tersebut tidak mendapat suntikan imunisasi. Selain itu, 5 lagi kanak-kanak dilaporkan positif penyakit sama di Johor.

Sedar akan bahayanya kepada anak-anak, Kementerian Kesihatan telah membawa masuk isu ini ke Parlimen dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewajibkan pengambilan vaksin bagi kanak-kanak pada peringkat persekutuan mengikut Program Imunisasi Kebangsaan (jadual di bawah).

Hasil daripada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, pihak KKM telah menubuhkan pasukan bertindak atau task-force bagi mengkaji cadangan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini.

 

Tak Beri Anak Vaksin, Anda Tergolong Orang Berdosa! – Mufti WP