Kenderaan Berat Tidak Dibenarkan Berada Di Jalan Sepanjang Tempoh Tahun Baru Cina

TERKINI
February 12, 2018 - 05:45 PM


Tidak lama lagi, akan ada perayaan Tahun Baru Cina. Tak kira anda menyambutnya atau tidak, tetapi setiap tahun, jalan raya akan mengalami kesesakan teruk kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman.

Untuk mengurangkan kesesakan serta kemalangan jalan raya, sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,  Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan untuk mengharamkan kenderaan berat sepanjang tempoh perayaan tersebut.

Ini bermakna, daripada 14 – 15 Februari dan 24-25 Februari nanti, tiada kenderaan berat dibenarkan di atas jalanraya.

Menurut Menteri pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tindakan mengharamkan kenderaan berat ini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh kementerian berkenaan.

Nasihatnya lagi, kesemua pengguna jalan raya haruslah mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Beliau juga turut menasihatkan para pemandu supaya berhenti untuk minum kopi jika mengantuk.

Menurut Liow lagi, diharapkan tiada lori atau trailer yang kelihatan di atas jalan raya sepanjang tempoh yang dinyatakan dan mengingatkan para pemandu supaya mematuhi had laju kenderaan yang dibenarkan.

Sumber : Rojakdaily