Kepada Pencandat Sotong, Pastikan Sewa Bot Yang Ada Permit ‘Sport Fishing’!

TERKINI
March 29, 2019 - 11:38 AM


Bagi korang yang ada rancangan untuk menyertai aktiviti mencandat sotong, ini ada satu peringatan yang perlu diambil perhatian.

Korang diingatkan supaya mendapatkan perkhidmatan pengusaha bot atau nelayan yang memiliki permit 'sport fishing' yang sah sahaja!

Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh para pengusaha bot sebelum memohon permit khas tersebut ialah memastikan bot dalam keadaan baik, enjin bersih, dilengkapi lampu keselamatan, boya dan jaket keselamatan yang mencukupi.

Jadi sebelum korang pilih pakej mencandat daripada pengusaha bot, pastikan korang tanya dahulu sama ada mereka mempunyai permit sport fishing berkenaan daripada pihak berkuasa ataupun tidak.

Bukan apa, ia bagi memastikan keselamatan serta kebajikan korang dan para pencandat lain lebih terjamin sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini ketika berada di tengah laut.

Kredit Foto: mycandat.blogspot.com

Malah, kebanyakkan pengusaha bot di sekitar negeri Pantai Timur yang biasanya terdiri daripada nelayan memang mengetahui bahawa mereka seharusnya memohon permit khas terlebih dahulu sebelum menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Kredit Foto: mycandat.blogspot.com

Ini kerana tanpa permit tersebut, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, jika didapati bersalah.

Pada tahun lalu, di Terengganu sahaja 82 permit telah dikeluarkan kepada nelayan yang menepati syarat ditetapkan.

Sumber: BERNAMA