Keputusan Penuh Undian Pusingan 16 Terbaik UEFA Champions League

December 12, 2017 - 02:52 PM


Bagi peminat bolasepak, selain daripada Piala Dunia, Liga Juara-Juara ataupun Champions League adalah salah satu daripada pertandingan yang sering dinantikan.

Pertandingan UEFA ini akan mengumpulkan 3 hingga 4 kelab terbaik dari setiap liga yang dipertandingkan di Eropah. Memenangi Champions League ini boleh melayakkan pasukan pemenang untuk ke UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Untuk peringkat kumpulan, terdapat 32 pasukan yang layak termasuklah Manchester United kerana mereka memenangi Europa League musim lepas.

Undian untuk menentukan perlawanan untuk juara dan naib juara setiap kumpulan telah diadakan kelmarin.

Semasa undian dijalankan, 2 pot undian telah ditetapkan dimana pot 1 (Juara kumpulan) dan pot 2 (naib juara). Syarat lain undian adalah, tiada pasukan dari kumpulan sama akan bertemu pada peringkat 16 terbaik, dan tiada pasukan dari negara yang sama akan diundi.

Jika anda ikuti perkembangan pertandingan ini, ada semestinya dah tahu 16 pasukan yang telah melayakkan diri iaitu :

Pot 1 (Juara Kumpulan)

Barcelona

Beşiktaş

Liverpool

Manchester City

Manchester United

Paris Saint-Germain

Roma

Tottenham Hotspur

Pot 2 (Naib Juara Kumpulan)

Basel

Bayern München

Chelsea

Juventus

Porto

Real Madrid

Sevilla

Shakhtar Donetsk
 

Dan berikut merupakan keputusan penuh undian :

Perlawanan tumpuan sudah semestinya, antara Chelsea vs Barcelona dan Real Madrid vs Paris Saint – Germain.