Kerajaan Bakal Mansuh Hukuman Gantung Sampai Mati



Hukuman gantung sampai mati kepada pesalah akan dimansuhkan oleh kerajaan dan bakal digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, kertas kerja mengenai pemansuhan ini dalam fasa terakhir dan Jabatan Peguam Negara memaklumkan yang pemansuhan ini akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 15 Oktober nanti.

Walaupun begitu, tambahnya lagi pemansuhan hukuman gantung sampai mati ini perlu dikaji untuk meneliti kesan kepada hukuman jenayah di negara ini.

Antara yang menjadi persoalan adalah kesan kepada keluarga mangsa, lagi-lagi kalau kesalahan yang dibuat adalah jenayah yang kejam seperti membunuh dengan niat dan sebagainya. Jadi, tambah Datuk Liew lagi, isu ini perlu dilihat dari semua sudut.

Untuk pengetahuan, perbuatan jenayah yang dikenakan hukuman gantung sampai mati di negara ini adalah; membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api.

Berikut adalah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati:

Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun Keseksaan (lihat: Al-Ma'unah)

Kesalahan terhadap Raja[1] - Seksyen 121A Kanun Keseksaan

Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan

Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan (wajib) (lihat: Mona Fandey)

Bersubahat membunuh diri [2] - Seksyen 305 Kanun Keseksaan

Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika kecederaan disebabkan - Seksyen 307 (c) Kanun Keseksaan (wajib)

Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan

Tebusan - Seksyen 374A Kanun Keseksaan

Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan

Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (wajib) (lihat: Hukuman mati Barlow dan Chambers)

Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960


Apa pendapat korang dengan pemansuhan ni? Setuju atau tidak? Pendapat penulis, pesalah yang melakukan jenayah kejam lagi-lagi melibatkan nyawa orang yang tak bersalah patut dihukum dengan setimpal.