Kerana Aplikasi WAZE, Wanita Ini Tersesat Dalam Kelapa Ladang Sawit

TERKINI
January 11, 2019 - 05:17 PM


Haa pesanan buat korang yang selalu bergantung kepada applikasi Waze. Inilah jadinya kalau terlalu percaya kepada internet. Kejadian ini nasib baik berlaku waktu siang. Kalau waktu malam tak tahulah apa dah jadi. 

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita yang juga merupakan seorang bidan dilaporkan tersesat kerana begitu mempercayai aplikasi navigasi untuk ke lokasi yang ditujuinya. Difahamkan bahawa mangsa tersesat ke dalam sebuah ladang kelapa sawit di Jenjarom.

Nasib baik wanita ni dapat juga hubungi pihak Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang. Katakanlah di tempat tu tiada signal memang menangislah dalam ladang kelapa sawit.

Walaubagaimanapun Sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi mencari mangsa yang tersesat di sekitar Bandar Saujana Putra. Bomba menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang menaiki kereta jenis Nissan Almera yang tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas menggunakan aplikasi navigasi. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya dibawa keluar daripada ladang berkenaan

Difahamkan bahawa wanita itu yang berasal dari Ulu Yam, sedang dalam perjalanannya untuk ke rumah salah seorang daripada pelanggannya di Saujana Putra.

Dia bertindak mengikut aplikasi penunjuk arah berkenaan sehingga tiba di ladang kelapa sawit dan kemudian tayar keretanya pula tersangkut pada jalan berlumpur di sana, dan akhirnya tayarnya itu telah berjaya dikeluarkan.

Lain kali kalau ada rasa macam tak kena je dengan jalan yang Waze bawa tu silalah check balik ya.