Kerana Beraksi Gedik Dalam Video, Netizen Nak Lempang Sajat!



Tindakan Muhammad Sajat memuat naik posting yang boleh mencetuskan kontroversi bagi meraih perhatian tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan apa sahaja yang dimuatnaik di laman sosial Sajat mesti menjadi bualan netizen.

Terbaru aksi gedik Sajat di dalam sebuah video mengundang kecaman netizen lagi sehingga ada yang berasa hendak lempang sahaja Sajat. Huh dah lebih-lebih ni. Kalau dia nak gedik pun biarlah dia. Korang apahal sampai nak lempang dia ni?

"Eh, boleh tak no camera?

Tolong eh. I tak nak.

"I dah kata, I lambat lagi nak kahwin.

"Boleh tak jangan paksa I kahwin dan paksa saya berubah. Peninglah!"

Antara kata-kata yang dikeluarkan Sajat yang mengundang kemarahan netizen.

Video itu sudah ditonton lebih 150,000 kali walaupun ramai yang meluat dengannya kerana dikatakan 'tergedikgedik' berlari. Tak kurang juga netizen yang ingin melempang dan menerajang Sajat kerana tidak tahan dengan kegedikannya itu.

Malah, ada yang mendakwa Sajat sengaja memuat naik video itu kerana mahu merasakan pengalaman seolah-olah menjadi seorang yang terkenal dikejar paparazzi. Sayangnya, tiada pihak media bertanyakan soalan 'Bila Sajat nak kahwin?' Mungkin sebab itulah dia sengaja mereka situasi berkenaan.

Tapi memang tak dinafikan aksi Sajat ini kadang-kadang mencuit hati kita semua kan?