Kerana Drama Jangan Benci Cinta Ku, Saharul Ridzwan Diugut Bunuh

TERKINI
July 30, 2018 - 06:06 PM


Fuhh bukan main emo makcik ni. Memang betul-betul kaki drama lah. Pelakon yang berbakat bila lakonan dapat dirasai oleh penonton. Tetapi dalam kes ni nampaknya penonton terlebih rasa ni. Walaupun nampak seperti gurauan, namun benda seperti ini kadang-kadang tak boleh dibuat main juga. Dengan berita bunuh hampir setiap hari menhiasi dada-dada akhbar tak mustahil benda ini boleh jadi serius.

Memetik BH Online, Saharul mengakui menerima mesej berkenaan daripada penonton yang begitu terkesan dengan lakonannya hingga 'dibenci' penonton sedemikian rupa.

Namun, pelakon itu menganggap ia hanya gurauan penonton yang terbawa-bawa dengan wataknya dalam drama berkenaan. "Drama ini mempunyai jalan cerita yang kuat, membuatkan penonton tertarik untuk mengikutinya. Jika dilihat, saya tidak terlalu agresif mempromosikan drama ini di laman sosial. Alhamdulillah, ia tetap diterima.

Kejayaan drama ini bukan hanya kerana gandingan pelakon, malah ia juga hasil kerja berpasukan. Alhamdulillah, watak Shah turut meninggalkan impak kepada penonton. Mereka marah dan geram dengan Shah.

"Biarpun drama ini diterima baik, tidak pula saya rasa diri ini kembali popular. Bagi saya, semuanya masih sama sejak Jangan Benci Cintaku diperkatakan,"

Selain Zahirah MacWilson, Saharul bergandingan dengan Niena Baharun dalam drama terbitan Suhan Movies yang mencetuskan fenomena itu.

Alahai, penonton pun janganlah melampau sangat sampai terbawa-bawa drama itu ke dalam dunia nyata. rilek sudah la...