Kerap Mimpi Pelik Dan Sering Diperhati Rupanya Kerana Simpan Patung Di Dalam Rumah

TERKINI
January 08, 2019 - 03:10 PM


Kalau dalam cerita seram memang selalu kita nampak cerita berkenaan anak patung yang sering menghatui tuan rumah. Namun, sampai sekarang kami pun masih tak faham kenapa masih ramai yang suka simpan anak patung besar-besar di dalam rumah. Sesekali terasa diperhatikan pula oleh anak patung ini. 

Menurut seorang ustaz yang menceritakan kejadian seram yang dialaminya semasa proses memagar rumah dari syaitan. Agak santai juga ustaz ini menceritakannya namun ceritanya memang dekat di hati kita. 

2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan2 dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.

Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang2 anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yg bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.

Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa mcm diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yg memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yg sebesar saya. Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa mcm patung tersebut dok perati.

Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar mcm saya jugak. Betul2 mengejek ni. Hahaha...dan yg terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yg cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yg ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak2 setiap hari pd masa yg sama takut bila masuk bilik ayah dia.

PESANAN
*Jangan simpan patung yg cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yg geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu2 yg melalaikan di dalam rumah

Kredit : Zulaffendi Mohamad

Jadi korang tu kalau ada anak patung di dalam rumah silalah buang lagi-lagi patung yang cukup sifat.