Kereta Kabel Langkawi Ditutup Sementara Mulai 1 April

TERKINI
March 27, 2019 - 11:18 AM


Selain terkenal dengan keindahan pantai dan pelbagai keindahan alam semulajadi yang menakjubkan, Langkawi juga mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Baik untuk percutian sekeluarga mahupun trip solo.

Antara yang sering menjadi tumpuan adalah perkhidmatan kereta kabel atau SkyCab Langkawi. Kereta kabel yang beroperasi di kawasan gunung Machincang Langkawi.

Credit : Panorama Langkawi

Jika anda ada merancang untuk ke Langkawi April nanti, ada berita kurang best sikit untuk anda ni. Menurut notis yang dikeluarkan di laman web rasmi Panorama Langkawi, perkhidmatan SkyCab akan ditutup selama 14 hari bermula 1 April hingga 14 April untuk kerja-kerja penyelengaraan.

Perkhidmatan kereta kabel akan kembali beroperasi seperti biasa pada 15 April dan waktu operasi Langkawi SkyCab adalah daripada 9.30 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.

Jangan bimbang, sebenarnya ini adalah rutin tahunan mereka untuk tujuan menyelenggara perkhidmatan tersebut.

Skybridge

Walaupun begitu, penutupan ini juga secara tidak langsung melibatkan juga dua lagi tarikan disana iaitu SkyBridge, dan SkyGlide.

SkyGlide

Walaupun begitu, pengunjung masih boleh ke sini kerana tarikan-tarikan lain di kawasan tersebut seperti SkyAdventure Park, SkyDome dan lain-lain dibuka seperti biasa.

Maklumat berkenaan jadual operasi semua tarikan di bawah Panorama Langkawi boleh dilihat di sini