Khabar Angin Stallone Meninggal Dunia, Ini Respon Tuan Punya Badan Sendiri

TERKINI
February 20, 2018 - 02:52 PM


Semalam rasanya kecoh jugak media sosial tentang berita kematian pelakon ‘Rambo’ iaitu Sylvester Stallone. Inilah dia, salah satu keburukan internet. Berita tanpa ada kesahihan, boleh direka dan dikongsi dengan cepat dan meluas.

Namun, ini bukan kali pertama kita ditipu oleh ‘kematian’ seseorang walhal tuan punya badan elok je masih sihat. Sebagai contoh, sebelum ini ada berita pasal kematian Jackie Chan, Morgan Freeman dan jugak Eddie Murphy.

Terbaru, Slyvester Stallone. Nasib baik pelakon ‘Rocky’ ni jenis tak cepat melatah. Selepas satu jam posting berkaitan kematiannya disebarkan, aktor berkenaan memuat naik gambar di Instagram dengan mengatakan beliau masih hidup.

Kata Stallone dalam caption Insagramnya “ Tolong abaikan kebodohan ini… masih hidup, sihat dan gembira… Still punching katanya lagi.

Menurut khabar angin yang tersebar, dikatakan Stallone bergelut dengan kanser prostat dan akhirnya meninggal dunia.

Nasib baik netizen Malaysia belum lagi jadi macam ni… Ke dah ada? Ingat, kematian ni bukan sesuatu yang boleh dibuat main.