Kiswah Di Masjidil Haram Diganti Dalam Masa 3 Jam

TERKINI
August 21, 2018 - 10:17 AM


Setiap tahun, Kiswah ataupun kain yang menutupi Kaabah di Masjidil Haram akan digantikan dan ianya lazim ditukar ketika Masjidil haram agak kurang sibuk iaitu ketika jutaan umat Islam berada di Arafah untuk menunaikan wukuf ibadah haji.

Kiswah dihasilkan daripada sutera hitam dan disulamkan benang emas dan perak. Ukurannya adalah 14 meter tinggi dan 47 meter panjang, selain itu ia terdiri daripada lima lapisan kain termasuklah tirai yang menutup pintu Kaabah.

Keseluruhan berat Kiswah adalah 1,150 kg iaitu terdiri daripada 670 kg kain sutera, 120 kilogram emas dan 100kg perak.

Semalam, satu sejarah telah tercatat dimana seramai 160 petugas dan jurutektik berjaya menyempurnakan proses penggantian Kiswah dalam hanya tempoh 3 jam, 30 minit lebih awal daripada masa sebelum ini.