Kongsi Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan, Najib Razak Disangka Buang Tebiat!

TERKINI
March 12, 2019 - 12:23 PM


Jika sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan fenomena di media sosial dengan slogan ‘Malu Apa Bossku’ hingga menjadi ikutan netizen.

Baca juga: Lencun Menangis Budak Ni Bila Suruh Tanggal No Plat Bossku

Semalam, beliau sekali lagi bikin tular di Facebook apabila buat pertama kalinya berkongsi resepi kari kepala ikan tanpa santan.

Lengkap dengan senarai bahan-bahan masakan seperti kepala ikan jenahak atau ikan merah, kacang bendi, bawang merah dan putih, halia, daun kari, tomato, serbuk kari ikan Adabi, garam, gula serta air asam jawa, Datuk Seri Najib turut mengajar netizen cara-cara memasak resepi berkenaan.

Status tersebut sehingga kini mendapat 42,000 likes dan dikongsi lebih 2,500 kali.

Ramai netizen yang pada mulanya terkejut dan seakan tidak percaya dengan status dimuat naik beliau kerana selalunya status bekas Perdana Menteri itu hanya berkisar mengenai perkembangan politik dan ekonomi negara sahaja.

Malah, ada netizen yang menyangka beliau buang tebiat dan pada akhirnya mereka faham bahawa resepi berkenaan dimuat naik selepas Datuk Seri Najib mengusik secara sinis dan bersikap sarkastik kepada kepimpinan negara ketika ini.

P/S: Lepas ni ramailah orang pi serbu kedai kari kepala ikan! Hahaha....

Tonton video ini: