Konsert Above Ordinary Malaysia BATAL! Peminat Jay Park Luah Kekecewaan Di Media Sosial Penganjur

TERKINI
November 01, 2018 - 03:54 PM


Konsert ‘Above Ordinary Malaysia’ yang sepatutnya diadakan pada 3 November ini, disahkan batal! Hal ini dimaklumkan oleh penganjur konsert tersebut iaitu Alive Asia Entertainment dalam satu posting yang dimuat naik ke laman Facebook mereka.

Buat masa ini, pihak penganjur sedang berusaha untuk mengembalikan wang kepada pembeli-pembeli tiket.

Melalui tinjauan kami, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan pihak penganjur. Ada yang mengatakan sistem penjualan tiket yang bermasalah dan teruk, ada juga yang mahukan pihak penganjur untuk refund tiket mereka secepat mungkin.

Buat masa sekarang, kami sedang cuba menghubungi pihak penganjur untuk mengetahui sebab utama konsert ini dibatalkan.

Konsert Above Ordinary Malaysia pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 3 November 2018 dengan menampilkan artis terkenal seperti Jay Park, Simon Dominic dan Rad Museum. Sementara itu, artis tempatan yang terlibat untuk opening act adalah Sonaone, Altimet dan Tabitha A.