Konsert Dewa 19 Di Kuala Lumpur Diteruskan Dengan Once, Ari Lasso Dan Anak Ahmad Dhani

TERKINI
February 01, 2019 - 11:27 AM


Nampaknya, ketiadaan Ahmad Dhani pada Konsert Reunion Dewa 19 Di Kuala Lumpur nanti bakal digantikan oleh Dul Jaelani, anak bongsu Ahmad Dhani dari perkahwinannya dengan Maia Estianty.

Tiga Orang Anak Ahmad Dhani; Al Ghazali, Dul Jaelani dan El Rumi. 

Dul atau nama sebenarnya Abdul Qodir Jaelani memaklumkan perkara berkenaan menerusi Instagram miliknya semalam dan Dul berharap konsert Reunion Dewa 19 akan berjalan lancar.

Dalam posting di Insta, Dul memuat naik gambarnya sedang berlatih bermain keyboard sebagai persediaan saat-saat akhir menjelang konsert yang akan diadakan di Malawati Shah Alam Sabtu ini.

"Nuwun sewu (minta izin) ya Ayah, @ahmaddhaniofficial permisi... Dan terima kasih juga kepada Dewa 19 yang membernarkan saya untuk mengantikan tempat Ayah saya di Malaysia, kata Dul dalam caption gambarnya.

Isnin lalu, Mahkamah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahmad Dhani kerana didapati bersalah atas tuduhan penyebaran kata-kata kebencian di Facebook miliknya. Menurut info, Dhani telah menyebarkan kata-kata kebencian terhadap penyokong Ahok.

Kalau korang ingat, Dul ni lah dulu ada nyanyi lagu Superman dengan kumpulannya yang merupakan anak-anak Ahmad Dhani juga iaitu The Lucky laki.

Nak tahu mana dul, yang starting tu… Hehe. Tapi sekarang dia lagi manly dah. Tengok lah video Dul cover lagu Larut oleh Dewa 19 ni.