Korang Dah Tengok Lagu Bola Dato’ Seri Vida? Katanya Setanding Shakira

TERKINI
June 26, 2018 - 10:51 AM


Dengan persaingan World Cup yang hampir masuk ke pusingan 16 terbaik, memang rata-rata peminat sukan tempatan dilanda deman bola. Turut terkena tempiasnya adalah tak lain dan tak bukan pengasas produk kecantikan Dato’ Seri Vida.

Mana tidaknya, DSV boleh dikatakan ‘mengambil kesempatan’ demam bola yang melanda untuk melancarkan lagu dan klip berjudul “Lavida Go Bola”. Ala-ala lagu Ricky Martin lah pulak. Hehehe.

Dengarnya, lagu ini dicipta oleh Cat Farish, Mimi Fly dan Illegal dan dengar cerita DSV mensasarkan lagu terbarunya ini menjadi viral, sama seperti dua lagunya sebelum ini.

Kalau kita tengok, memang pada video dan melodi lagu ini ada diserapkan warna-warna kemeriahan seolah-olah lagu Piala Dunia. Dengan berlatarbelakangkan Stadium Perak, serta prop-pro yang sangat meriah.

Padanlah ada netizen yang melabelkan lagu ini ala-ala lagu Shakira untuk Piala Dunia sebelum ini. Paling menarik, ada beberapa baris menampilkan Cik B yang turut menyanyi.

Satu lagi yang menarik perhatian Aj adalah part Mimi Fly rapping, suaranya dan lengok bahasanya adalah menyumbang kepada ‘international’ feel tu. Dengan rentak yang agak funky, lagu dia akan bermain-main dalam kepala korang. Tak percaya? Dengarlah sendiri…

Oh, setakat hari ini, MV ini dah mendapat tontonan melebihi 600ribu tau.

Kenapa netizen samakan dengan Shakira? Mungkin lagu ni kot...

=aj=