Kurumbu Kudumbam – Iklan Deepavali 2018 Yang Mencuit Hati Dari TNB



Seperti kebiasaan, tiba je hari perayaan penting di Malaysia, akan muncul iklan-iklan yang sedikit sebanyak menambahkan dan menceriakan suasana sambutan perayaan tersebut.

Menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut pada minggu hadapan, nampaknya TNB dah memulakan ‘perang’ iklan mereka terlebih dahulu.

Dengan iklan bertajuk Kurumbu Kudumbam , iklan ini mengisahkan tentang menantu baru iaitu Ramesh yang pertama kali menyambut Deepavali di rumah keluarga mentuanya.

Macam biasa, pertama kali nak menyambut perayaan dengan keluarga mentua memang selalunya akan berasa janggal. Macam tu jugak Ramesh.

Tengok ajelah gelagat Ramesh dalam video ni... Trailer iklan ini dimuat naik minggu lepas. Kalau tengok trailer pun tahu, iklan ni mesti kelakar. 

Nak tahu apa kesudahan kisah Ramesh ni? Jom kita tengok Kurumbu Kudumbam, iklan Deepavali 2018 oleh TNB ni…