Kurus Kena Kecam, Berat Naik Kena Kecam, Apa Netizen Nak Sebenarnya?

TERKINI
January 15, 2018 - 11:17 AM


Salah seorang ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon menjadi perhatian netizen di Korea selepas beliau memuat naik gambarnya yang melihatkan susuk tubuh badannya yang agak kurus.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kebimbangan terhadap perubahan yang dialami oleh G-Dragon tersebut dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada aartis berkenaan.

Ramai juga yang menyifatkan susuk tubuhnya terlalu kurus sehinggakan otot yang dimilikinya tidak lagi kelihatan seperti sebelum ini.

Tidak pasti sama ada peminat di sana terlalu fanatik ataupun mereka risau G-Dragon juga turut mengalami masalah kemurungan.

 

Sumber : mstar