KWSP Tutup Sementara Cawangan Mereka Di Petaling Jaya Susulan Kebakaran

TERKINI
February 13, 2018 - 02:07 PM


Susulan kebakaran yang berlaku di sebuah cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya sebentar tadi, pihak KWSP telah mengeluarkan notis pemberitahuan penutupan sementara cawangan berkenaan sehingga diberitahu kelak.

Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan berkenaan dikatakan sedang berja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memeastikan bahawa kebakaran tidak merebak ke tingat lain atau kawasan sekitar.

Menurut hebahan media terbabit, pihak KWSP memberi jaminan bahawa integriti maklumat serta simpanan ahli tidak terjejas. Selain itu, demi keselamatan para pelanggan dan kakitangan, mereka telah menutup kesemua pejabat dan perkhidmatan kaunter.

Situasi berkenaan akan sentiasa dipantau dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan pihak KWSP setelah operasi cawangan dibuka semula.

Buat masa ini, kesemua ahli dan majikan yang ingin membuat transaksi dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat iaitu KWSP Jalan Raja Laut. Selain itu Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP juga boleh dihubungi melalui talian 03-8922 6000 untuk sebarang pertanyaan.