Lagi Kes ‘Kantoi’ Clevergirl… Apa Yang Terjadi??

TERKINI
October 10, 2017 - 01:01 PM


Kalau sebelum ini, rancangan terbitan TV3, Clever Girl ini pernah dikritik kerana salah seorang peserta mendakwa bahawa rancangan ini sebenarnya telah disusun. 

Melalui posting di Instagram, peserta itu memuat naik satu status yang menyatakan bahawa pihak produksi memberikan jawapan bocor kepada peserta. Kiera lantas menarik diri daripada program terbabit.

 

 

Walaubagaimanapun, pihak TV3 ada mengeluarkan satu kenyataan berkenaan tindakan Kiera tersebut. Memetik laporan daripada mStar, kenyataan tersebut mengatakan bahawa dakwaan Kiera adalah tidak benar.

“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.

 

Namun, baru-baru ini, terjadi lagi satu kejadian yang telah viral di media sosial dimana peserta dari Selangor iaitu Shazana telah memberikan jawapan walaupun kesemua pilihan jawapan belum sempat habis dibaca.

Keadaan ini memang memberikan kejutan kepada semua termasuklah pengacara, Alif Satar. Ketika ditanya semula apa pilihan jawapan B itu, peserta dari Selangor ini hanya mampu tersenyum…

Jadi, timbul satu persoalan, betulkah dakwaan Kiera sebelum ini?

Atau, Shazana ini memang ada superpower untuk tahu apa yang bakal disebut =)

 

Anda nilailah sendiri melalui video ini :

 

 

 

Sumber : mStar | credit video : Malaysia Viral