Lagu ‘Colours’ Oleh Jason Derulo Dipilih Sebagai Lagu Rasmi FIFA World Cup 2018

March 19, 2018 - 03:19 PM


Kehangatan pertandingan bolasepak yang paling dinantikan semakin membara. FIFA World Cup 2018 akan membuka tirai pada 14 Jun 2018 dan perlawanan pertama akan menyaksikan pasukan tuan rumah iaitu Russia akan bertemu dengan Saudi Arabia.

Jadi, seperti kebiasaan pertandingan-pertandingan sebelum ini, selain daripada kelainan yang bakal diberikan oleh tuan rumah menerusi persiapan stadium, lagu rasmi Piala Dunia juga merupakan sesuatu yang akan ditunggu-tunggu oleh peminat.

Kalau korang ingat, pada tahun 1998 lagu La Copa de la Vida nyanyian Ricky Martin menjadi pilihan dan lag utu memang meletop habis. Walaupun dimuat naik di Youtube pada tahun 2009, 11 tahun selepas edisi Piala Dunia tahun 1998, lagu itu mendapat hampir 34 juta view di Youtube.

Selepas itu, antara yang sering dimainkan di radio adalah Waka Waka oleh Shakira untuk World Cup tahun 2010 di Afrika dan seterusnya pada 2014 Pit Bull dengan lagu We Are One.

Untuk edisi tahun ini, lagu ‘Colours’ oleh Jason Derulo telah ditaja dan dipilih oleh Coca Cola sebagai lagu rasmi pertandingan bolasepak paling berprestij berkenaan. 

Cerita disebalik lagu ni pulak adalah budaya majmuk yang dilihat dari mata Derulo sendiri ketika menggembara ke luar negara. Jom kita dengar…

Mampu tak lagu ni ‘lawan’ lagu Ricky Martin, Shakira atau Pitbull nanti? Dan kalau korang pulak, lagu mana yang paling korang suka?

 

=aj=