Lagu Baru DRAMA BAND Perli Artis Malaysia Yang Buat Hal?



Baru-baru ini Drama Band telahpun mengeluarkan single terbarunya yang berjudul "Drama". Lagu baru tersebut mendapat perhatian netizen dan juga artis-artis yang mungkin terasa dengan muzik video yang dikeluarkan oleh pihak Drama band untuk lagu terbaru mereka. 

Single terbaru kumpulan Drama Band berjudul Drama yang dilancarkan pada Jumaat lalu dan didakwa mempersendakan kontroversi melibatkan beberapa selebriti tempatan nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan artis.

Babak memperlihatkan vokalis utamanya berpakaian wanita bersama tiara sebelum berparti di sebuah kelab membuatkan ramai menyamakan insiden itu dengan isu panas pertandingan Dewi Remaja yang melibatkan pesertanya Haneesya Hanee.

Haneesya dalam responsnya di InstaStory kecewa dengan tindakan Drama Band yang dianggap mempersendakan dirinya yang mana insiden itu telah meninggalkan kesan cukup mendalam dalam kehidupannya.

Malah katanya, penjelasan mengenai video itu bahawa ia tiada kena mengena dengan sesiapa disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia jelas cuba mengaitkan dirinya.

Nampaknya bukan Haneesya sahaja yang mula tercuit dengan video muzik tersebut, Haqeen Rusli juga mula terasa yang lagu tersebut ditujukan kepadanya.

Sementara itu, Drama Band dalam kenyataan di Instagram menjelaskan kisah dipaparkan dalam muzik video itu adalah rekaan semata-mata dan sekiranya ada pihak yang terasa ia adalah diluar bidang kuasa mereka. Mesej sama turut dimuat naik pada permulaan muzik video Drama di Youtube yang sehingga kini sudah pun mendapat 12,000 tontonan.