Lagu Bobo Dimana Dilabel Haram, Alif Syukri Mengamuk

TERKINI
September 21, 2018 - 02:18 PM


Lagu tak sedap, video klip merapu, tak hairanlah lagu nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nursajat dan juga Lucinta Luna menimbulkan kontroversi. Bukan takat netizen, ramai juga memilih untuk menghentam tindakan Aliff Syukri tersebut.

Terbaru, lagu Bobo Dimana tersebut dilabelkan haram oleh PU Amin kerana mengandungi ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari itu lepas baca yang dia terkesan dengan dakwah PU Azman yang DM dia untuk menegur dia , saya kira dia tak teruskan untuk keluarkan music video bobo dimana ni . Rupanya masih teruskan dan promote orang untuk tengok.. . Berapa ramai pendakwah kita , masa berbincang dengan beberapa orang Mufti pun semua agak kesal dengan video ini . Dia minta dinasihat secara lembut , maka ramai pendakwah nasihat secara lembut , bila tak jalan kita tegas sedikit dia kata tak ikut cara Nabi berdakwah.. . Apa agak nya cara untuk pastikan kepada pelaku dan pelopor maksiat ini untuk berhenti dari sebar video softporn yang rosak kan anakbangsa kita ? Nasihat lembut , tegas dah buat . Ya kita perlu sabar . Tapi tak kan itu alasan untuk membiarkan hukum hakam dicabar.. . Ribut taufan , gempa bumi , kemarau segala macam Tuhan tunjuk masih tak terkesan ke dekat hati untuk berhenti sekejap dari promosi video LG** ini ? Anda yang sokong , yang puji , yang like juga terjerumus sama menyokong kezaliman dan kemaksiatan.. . Kita kena cegah sebab apa , esok kalau bala bencana turun dia tak hancur dan ranapkan rumah orang buat maksiat , masjid , sekolah , tahfiz , surau , gereja semua hancur kerana azab . Azab tak pilih pilih . Sorang buat semua kena bantai dengan Tuhan.. . Ya Allah apa lagi bencana yang kau akan turunkan setelah kedegilan dan kederhakaan yang kerap kami lakukan.. . INI music video Soft Porn dan Video promosi LGB* yang haram ditonton , haram disokong . La Taqrabu ZINA Innahu kana FAHISYAH !!!!

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

 

Menurut posting yang dimuat naik oleh PU Amin, nada kesal itu ada sebab sebelum ini Alif Syukri pernah juga ditegur oleh PU Azman. Ingatkan, selepas mendapat teguran, video tersebut dibawa turun atau tidak dilancarkan terus, malangnya, di-upload juga.

PU Amin sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila melihat aksi budak-budak sekolah agama terikut-ikut tarian ghairah yang terdapat dalam video klip lagu berkenaan.

Mungkin terasa dijentik atau ditarik telinga, Aliff Syukri membalas teguran PU Amin tersebut dengan sebuah video di Instagram, walaupun ramai yang menasihat, tetapi kelihatan Nursajat, Lucinta Luna dan juga Safiey Ilyas menghentam PU Amin pula.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

yang sibuk kutuk2 tu jgn lupa tgk lagi bobo versi dakwah pu azman ...yg bobo versi haram ni smapai 8 juta orang tgk yg versi dakwah kenapa x ramai tengok....naikkan lagu tu support lagu dakwah....yg haram pandai pula korang komen...kenapa x up video bobo versi dakwah kat ig korang.....lepas sy cabar diri saya buat lagu masyid.. kalau lagu nasyid view x sampai 8 juta korang siap yee.....pandai sangat kan nak kutuk2....... . . Ya saya pendosa,haram dilaknat Allah...tapi apa kata kita sama2 share isu kemungkaran lain banyak lagi di malaysia ni kes buang anak merata,rasuah,maksiat,ustaz rogol pelajar tahfiz,atuk rogol cucu...kenapa x ada sesiapa nak up citer tu... Ingat ya x tgk nasyid saya smaa mcm view bobo siap korang...jgn pandai taip je tapi x sama2 buat.....

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Siap ada sesi cabar-mencabar pulak tu. Haish.

Tak faham betul sejenis orang yang tak boleh terima teguran dengan hati terbuka ni, dah la terang-terangan benda tu salah. Kalau korang nak dengar, dengar versi PU Azman punya :