Lagu Raya Baru Datuk Seri Vida 'Lavida Raya' Kini Trending No1 di Youtube

TERKINI
June 05, 2018 - 11:44 AM


Datuk Seri Vida kali ini tampil sekali lagi dengan lagu raya barunya ‘Lavida Raya’. Muncul dengan lagu ala-ala world cup ternyata mendapat sambutan luar biasa.

Lebih mengejutkan, baru saja 18 jam disiarkan, Lavida Raya menjadi tontonan ramai dan kini menjadi trending nombor satu YouTube di Malaysia.

Dalam satu kenyataan daripada pihak pemasaran, lagu tersebut mendapat sambutan positif dari peminat Vida kerana mempunyai elemen ‘catchy’ dan rancak yang membuatkan pendengar ingin turut sama menyanyi dan menari.

Tiada lagi berbelanja mewah untuk pembikinan muzik video, untuk lagu raya ini Vida hanya melakukan pengambaran di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalannya sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Korang dah tengok belum? Boleh lah layan lagu baru dia ni. Yang penting lagu ni lebih baik dari lagu raya AIman Tino tu. 

Cik B pula boleh tahan menari dalam video muzik tu. Kalau ada part Cik B rap lebih menarik rasanya. 

Boleh tengok video muzik di bawah untul lagu raya baru Lavida Raya!