Larangan Pemakaian Tudung Di Rangkaian Hotel Antarabangsa Di Malaysia Mencabar Sensitiviti Umat Islam

TERKINI
November 13, 2017 - 01:04 PM


Sejak akhir-akhir ini, keharmonian beragama di Malaysia seperti digugat oleh agen-agen tertentu dari seluruh dunia. Kalau sebelum ini isu dobi, kali ini satu polisi diskriminasi agama pula dilihat mahu mengugat keharmonian beragama di negara kita.

Isu ini melibatkan hotel antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia. Amalan bertudung di negara ini bukan perkara baru kerana itu adalah tuntutan agama dan satu dunia mengamalkannya meskipun negara tersebut muslimnya bukan majoriti.

Gambar Hiasan...

Baru-baru ini, Persatuan Hotel Malaysia mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung untuk bekerja sebagai frontline. Isu ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan bahawa ada kakitangan hotel yang mengadu mereka diarahkan untuk menanggalkan tudung sewaktu bekerja.

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana Negara kita mengamalkan kebebasan beragama dan Islam adalah sebagai agama rasmi. Lagipun, pemakaian tudung ini jelas tidak membataskan gerak kerja mahupun menjadi halangan dalam apa jua aktiviti.

Sedangkan atlet daripada USA pun yang mana negara yang bukan majoriti muslim membenarkan atletnya bertudung.

Ibtihaj Muhammad - Atlet Lawan Pedang USA.

Jadi, larangan pemaikan tudung dalam polisi pekerjaan di Malaysia, yang mana mejoritinya adalah Muslim dikatakan tidak relevan dan tidak berasas.

Untuk hal ini, kerajaan harus melakukan pemantauan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap hotel-hotel yang masih lagi mengenakan polisi diskriminasi agama seperti ini. Kegagalan di pihak kerajaan akan mencetuskan kebimbangan berterusan dalam kalangan rakyat bahawa hak kebebasan beragama mereka tidak terbela.

 

Neelofa merupakan duta pertama berhijab Lancome...

p/s: Neelofa yang berhijab tu pun okay je dilantik jadi duta produk kecantikan antarabangsa...tak bangkit soal isu dia berhijab pun...