Lego Membawakan Filem Pendek ‘The Last Jedi’ Versi Mereka Sendiri, Jom Tonton!



Lego merupakan salah satu pengeluar produk yang sangat aktif setiap kali munculnya filem terbaru Star Wars. Mungkin kerena permintaan untuk Star Wars dalam versi Lego agak memberangsangkan daripada peminat dan penggemar Lego sendiri. 

Kali ini, sempena pelancaran filem Star Wars : The Last Jedi untuk versi Blu-ray, Lego telah menyediakan video pendek yang dikatakan ringkasan kepada keseluruhan filem dalam versi Lego.

Selain mempunyai plot-plot penting yang berlaku di dalam filem sebenar, video tersebut menggunakan suara kanak-kanak untuk menceritakan apa yang berlaku. Secara tak langsung, filem Star Wars yang ‘berat’ ini jadi mudah untuk difahami.

Patutlah netizen banyak meninggalkan komen positif dan akui video pendek ini lebih menarik daripada filem penuh The Last Jedi.

 

Jika anda belum menonton video pendek tersebut, ini dia : 

Macam mana? Tinggalkan komen korang pasal video pendek ni... Betul ke lagi best dari filem sebenar?