Lencun Menangis Budak Ni Bila Suruh Tanggal No Plat “BOSSKU”!

TERKINI
February 26, 2019 - 04:57 PM


Mungkin tindakan seorang budak lelaki yang menampal nombor plat motornya dengan perkataan “BOSSKU” sekadar untuk ikut trend atau memang dia mengidolakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempopularkan tagline ‘Malu Apa Bossku’!

Walau apa pun alasannya, yang penting netizen di Facebook hari ini terhibur dengan gelagat budak lelaki itu yang menangis sakan apabila disakat oleh beberapa pegawai polis yang mengarahkan dia untuk menanggalkan stiker nombor plat berkenaan.

Video berdurasi 1:16 yang dimuatnaik menerusi Facebook JB Traffic Report itu mendapat perhatian dan tontonan tinggi oleh netizen.

Dalam video itu, kedengaran suara polis menegur budak tersebut mengenai tindakannya menampal plat nombor berkenaan dan mahu menyamannya.

Budak itu yang mulanya menangis teresak-esak sambil menanggalkan stiker ‘BOSSKU’ turut diminta menghubungi ibu bapanya supaya datang ke tempat kejadian.

Memandangkan budak itu tidak mahu berhenti menangis, polis menyakat dia untuk menggari tangannya dan mengundang teriakan lebih kuat yang memecahkan gelak ketawa netizen yang menonton.