Lion Air JT 610 Terhempas Sejurus Selepas Berlepas

TERKINI
October 29, 2018 - 12:42 PM


Pesawat Lion Air JT-610 yang sedang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkalpinang pada awalnya hilang dari radar selepas 12 minit meninggalkan lapangan terbang Jakarta. Menurut CNN Indonesia, koordinat terakhir mengatakan pesawat berkenanaan terhemoas di sekitar Tanjung Karawang, Jawa Barat.

Dalam masa yang sama, pesawat berkenaan dikatakan telah meminta izin untuk berpatah balik ke lapangan terbang sebelum hilang dari radar dan tidak dapat dihubungi.

Credit : CNN Indonesia

Menurut sidang media yang diadakan, jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 188 orang terdiri daripada 178 orang dewasa, 1 kanak-kanak, 2 bayi dan 7 orang anak kapal.

Buat masa ini, pasukan SAR Telah dihantar ke lokasi terakhir pesawat. Untuk pengetahuan, pesawat yang jatuh tersebut baru digunakan 2.5 bulan yang lalu, jenis Boeing 737-8 Max dengan nombor PK-LQP.

Setakat ini, punca kejadian masih tidak diketahui kerana kotak hitam kapal terbang tersebut masih belum ditemui.

Mengikut siasatan kami menggunakan FlightRadar, pesawat yang sama dengan pendaftaran PK-LQP ini telah mengalami kelewatan 6 penerbangan berturut-turut dari 27 Oktober sehingga 28 Oktober. 

 

 

Dari pemerhatian kami, pesawat ini alami kelewatan pada laluan yang berbeza sebanyak 6 kali berturut-turut. Ini bukan andaian ye, kami refer melalui sini : FlightRadar PK-LQP

Menurut sumber terkini, pesawat dipandu oleh Kapten Bhavye Suneja  dengan copilot Harvino  bersama enam anak kapal Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul  Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula. Kapten pilot sudah memiliki jam terbang lebih dari 6000 jam penerbangan manakala  copilot telah mempunyai jam penerbangan lebih dari 5,000 jam terbang. 


UPDATE TERKINI : SENARAI PENUH NAMA PENUMPANG JT 610 Yang Terhempas

Untuk ahli keluarga atau waris Penumpang JT610  yang ingit mendapatkan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :

Apa-apapun, ini hanya analisis kami sebagai penulis, bukannya ahli yang pakar dalam bidang. Jadi, kami masih juga menantikan laporan rasmi daripada Lion Air setelah kotak hitam telah berjaya ditemui oleh pihak yang berkuasa nanti.