Malaysia Airlines Lanjut Jualan MATTA Fair Hingga 22 Mac

March 18, 2019 - 04:41 PM


Malaysia Airlines melanjutkan tawaran sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2019 bermula hari ini sehingga 22 Mac 2019.

Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan, Ignatius Ong berkata pihaknya berterima kasih kepada yang telah menyokong dan kumpulan memenangi beberapa anugerah dalam beberapa bulan lalu yang membuktikan kesetiaan para penumpang.

Sehubungan itu, MAS ingin melanjutkan tawaran Pameran MATTA untuk orang ramai menikmati sebahagian daripada tambang rendah.

Pelanggan boleh menikmati tambang pergi balik termasuk semua Kelas Ekonomi ke Kota Kinabalu, Sabah serendah RM479; Kuching, Sarawak (RM339), Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah (RM239).

Tambang pergi balik termasuk semua Kelas Ekonomi bagi laluan antarabangsa antaranya penerbangan ke London serendah (RM2,899) dan ke Seoul, Korea Selatan (RM1,469).

Sumber: UTUSAN ONLINE