Malaysia, Indonesia Dinobat Destinasi Percutian Mesra Muslim

TERKINI
April 10, 2019 - 10:22 AM


Untuk tahun ke-9 berturut, Malaysia telah dinobatkan sebagai destinasi travel muslim-friendly oleh MasterCard – CresentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) namun untuk tahun ini, Malaysia berkongsi tempat pertama dengan negara jiran Indonesia dengan kutipan mata 78.

Laporan GMTI 2019 ini merangkumi 130 destinasi seluruh dunia dan Malaysia dan Indonesia mengungguli senarai 130 destinasi mesra muslim dengan perkongsian mata 78.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh MasterCard dan CresentRating, Indonesia yang sebelum ini di tangga kedua naik satu anak tangga selepas usaha dan pelaburan yang berterusan dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Indonesia dalam mempromosi dan membangunkan infrastuktur mesra muslim di negara berkenaan.

Selain Indonesia, 10 negara yang ada dalam senarai top 10 adalah Turki ( 75), Arab Saudi (72), UAE (71), Qatar (68), Morocco (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).

Tahun lepas, Malaysia mendapat markah 80.6 manakala Indonesia berkongsi tempat kedua bersama UAE dengan 72.8 mata.

Sambil itu, Singapura kekal sebagai destinasi muslim friendly yang premier dalam senarai negara OIC diikuti oleh Thailand, UK dan Jepun.

Indeks yang disediakan adalah berdasarkan perkembangan dan kekuatan destinasi mesra muslim ini dalam 4 perkara iaitu; akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.

Sumber : Bernama

6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak?​

Jom Intip Hotel Mewah Sultan Brunei Yang Konon Nak Diboikot Tu!

Destination: