Malaysia Sedang Alami Penghujung Monsun Timur Laut – Cuaca Panas Hingga Hujung April



Sejak seminggu lepas,kalau korang perasan cuaca di negara kita agak panas daripada biasa.

Ini disahkan lagi oleh kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengatakan negara kita sekarang dalam fasa penghujung Monsun Timur Laut.

Kenyataan MetMalaysia ini dikeluarkan selepas 10 kawasan di Malaysia diistiharkan sebagai amaran gelombang panas. Isnin lalu, kawasan utara Perlis dan beberapa kawasan di Kedah mencatatkan suhu sekitar 36 darjah Celsius.

Selain beberapa kawasan di Perlis, ada beberapa kawasan sekitar Kepong, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Maran dan Tangkak berada pada status amaran kategori 1 (berjaga-jaga). Kategori 1 ini bermaksud, suhu akan meningkat antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut.

Antara kawasan lain yang akan terkena gelombang panas ni adalah di kawasan pantai barat dan juga Sabah daripada sekarang hingga akhir April nanti.

Dalam keadaan cuaca macam ni, suka kami nak pesan untuk korang supaya banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar.