"Mana Mak Ayah Dia Ni?" - Kanak-Kanak Dibiarkan Dalam Kereta Tengah Panas Selama 40 Minit

TERKINI
August 25, 2023 - 11:14 AM


Seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah selepas didakwa ditinggalkan penjaganya selama hampir 40 minit di dalam sebuah kenderaan berkunci.

Menurut sebuah video tular di laman Twitter, kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang ramai yang lalu-lalang dalam keadaan lemah dan berpeluh-peluh.

Malah, menurut video sama, kenderaan tersebut juga diparkir di tengah panas.

“Tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ni? Sudahlah tutup enjin, kereta berkunci, tingkap pula buka sedikit sahaja. Muka pun dah pucat.

“Hampir 40 minit saya tunggu di situ tetapi tidak ada sesiapa pun yang datang. Akhirnya, saya minta tolong orang ramai untuk pecahkan cermin dan bawa dia ke klinik,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, kanak-kanak tersebut kini dalam keadaan selamat dan sudah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, keberadaan penjaganya tidak dapat dipastikan.

Destination: