[VIDEO] "Mana-Mana Ranchak Berdosa!" : Viral Video Wanita Bertudung Teguk Arak Selamba Di Langkawi

TERKINI
September 21, 2022 - 01:03 PM


Zaman sekarang ini macam-macam perangai anak muda yang dilihat semakin rosak akhlak dan tanpa segan silu mempamerkan aib masing-masing di media sosial.

Terbaharu, viral video di aplikasi TikTok di mana memaparkan seorang wanita berhijab sedang rancak berhibur di dalam sebuah pesta tari-menari yang mengundang kecaman netizen

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah dalam rakaman video berkenaan terlihat wanita bertudung itu meneguk setin minuman keras di mana pesta tersebut didakwa berlaku di Pulau Langkawi.

Manakala klip pada video kedua pula memaparkan wanita sama turut sempat menghisap vape sambil menghembuskan asapnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada netizen mendakwa dia berada di tempat berkenaan dan mengatakan video itu benar-benar berlaku.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan wanita berkenaan mengundang bala daripada Allah.

Malah tindakan wanita itu yang berhijab disifatkan memalukan agama.

Lebih menjadi perhatian seorang netizen mendakwa dia pekerja di tempat berkenaan dan melihat wanita berkenaan namun takut untuk menegur kerana bimbang perkara buruk akan berlaku.

Diharapkan peristiwa ini menjadi iktibar buat kita semua dalam berusaha menjadi Muslim berakhlak baik dan didoakan semoga wanita berkenaan dan kita semua sentiasa dikurniakan hidayah daripada Allah SWT.

VIDEO PART 1 & 2

@alexninet7 MEMALUKAN❗❗❗DI LANGKAWI.TUNGGU PART 2. #FYP #fypシ #berandatiktok #tiktok #langkawi #langkawiisland #tiger ♬ original sound - meraihredha

 

@alexninet7 Balas kepada @along_bear mana2 rancak bossku😅😅😅 dia dah sedap #FYP #fypシ #berandatiktok #tiktok #langkawiisland #tiger ♬ Ya Allah - Wali
Destination: