Mana Nedim? Puas Tunggu Dekat Matic, Tak Muncul Pula…

TERKINI
February 06, 2018 - 12:46 PM


Kemelut anak-beranak antara Nedim Nazri, ibu tirinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar dan bapanya Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum selesai.

Minggu lalu di laman Instagram, Haflin dikatakan berperang melalui laman berkenaan dengan Nedim dan mencabarnya untuk muncul dan bertemu bapanya di Malaysia Touris, Centre (MaTiC) Jalan Ampang semalam bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

Namun, menurut laporan mStar, kelibat Nedim tidak kelihatan di MaTic dan beberapa wartawan lain juga dilihat berkumpul di hadapan bangunan utama MaTic untuk menanti kehadiran Nedim sejak 12 tengah hari.

Hari kejadian mereka berada di perkahwinan sahabat mereka - FB Nora Danish

Pihak media dimaklumkan oleh wakil Nazri bahawa beliau menunggu kehadiran Nedim sejak pagi namun perlu menyambung usurannya. Sebelum ini, Nazri ada ‘bersuara’ tentang kejadian buli siber yang dilakukan oleh Nedim kepada isterinya.

Ketidakhadiran Nedim dilihat seperti tidak mahu melayan permintaan Haflin selain sibuk dengan restoran miliknya di Bangsar selain sibuk dengan jemputan menghadiri majlis resepsi.

Lihat sahaja posting terbaru Nedim yang kedengaran macan memerli Haflin...

Instagram | boss_ned

Apa-apa pun, harapnya semua boleh settle dengan baik lah ye Boss Ned. 

Comel je tengok dia gurau ngan Nora Danish.... hihihi... 

 

Sumber : mStar